Assalamualaikum , Welcome To My Blog :D .
Home

Isnin, Jun 15, 2015

Lapor Diri KD Pelandok Lumut


    Pada 12/06/2015 tamatlah cuti abang aku selepas tamat latihan di KDSI dan akan memulakan perjalanan ke KD Pelandok Lumut Perak untuk menjalani kursus kepakaran lanjutan. Abang aku memohon dalam bidang lanjutan TLS.
   Akan tetapi cuti persekolahan akan tamat pada 13/06/2015 dan sessi persekolahan pada hari berikutnya. Aku terpaksa pergi bersama dengan Abah sehari lebih awal dan aku terpaksa bermalam dirumah mak sedara aku di Jelawat dan hari berikutnya dia teru menghantar aku ke MRSM. Yang mengiringi abang aku tu adalah Norazali (abang ke-4) adik aku bernama Norizzati dan yang bongsu Nor Wafy selain yang berkenaan dan Abah.

  Abah aku bermalam di Hock Hai Hotel Manjong yang jaraknya tak jauh dari Lumut. Dia menginap selama satu malam saja. Kata Abah kira boleh lah...Hotel budget katakan...
   Jam 10.00 pagi Abah bertolak ketempat berkumpul di kawasan Masjid Besar Lumut dan didapati telah ramai orang telah berkumpul bersama keluarga, Selepas mendapat parker kereta abang aku terus melapor diri di kaunter yang tersedia ada bersama petugas TLDM yang sedang menunggu disana.
    Diantara photo yang sempat diabadikan dalam perjalanan / semasa di Lumut yang dikongsi dari Abah. Dalam perjalan balik Abah singgah dirumah kawannya di Tronoh yang sekian lama tak berjumpa 20 tahu lebih bernama Humaidi RF/100092. Beliau sudah pencen 1 Jun 2015.



Dibelakang Pokok Khurma

   Perjalanan dari Jelawat - Grik - Kuala Kangsar - Sri Iskandar - Manjong - Lumut. Manakala perjalanan balik Lumut - Manjong - Sri Iskandar - Simpang Pulai - Gua Musang - Felda Arin - Tasek Kenyir - Kuala Berang - Marang. Sampai l/kurang jam 9.00 malam 23/06/2015 disebabkan Abah aku kerje pada esok hari (pagi)









I Bilik 2 Orang Tkt 3


http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/2188-majlis-serah-terima-askar-laskar-pengambilan-211-14
http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/2188-majlis-serah-terima-askar-laskar-pengambilan-211-14

Minggu Suikenal

http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/2192-minggu-suaikenal-pelatih-pengambilan-211-14

Selasa, Jun 02, 2015

Tamat Latihan TLDM KDSI Tg.Pengelih Johor

   Exam sem. MRSM dah berakhir pada 28/05/2015 dan pada petang itu jugalah aku dan kenkawan yang biasa tu balik kediaman masing-masing. Pada 29/05/2015 aku,abah dan abang aku Zizi berangkat ke Tg.Pengkelih Johor untuk mengambil abang aku yg bernama Noraswadi dimana dia telah tamat menjalani latihan asas ketenteraan TLDM disana. Aku bertolak pada jam 9.00 pagi dengan melalui Pekan-Mersing-Penawar-Teluk Ramunia.
   Ini adalah satu perjalanan yang panjang, mencecah 700 Km dimana isian petrol sebanyak dua kali almaklumlah kete SAGA tangki kecil. L/kurang jam 4.00 petang aku tiba di teluk Ramunia dimana disitulah aku menginap di Maliesa Beach Resort selama 2 malam yang telah ditempah selama sebulan yang lepas dan kalau tidak tak tahu apa yang berlaku. Ini kerana rata-rata tempat penginapa dah penuh ditempah keran majlis tamat latihan TLDM. Rupanya tak seindah mana seperti namanya. Tak kuasa aku mencoretkan nanti orang bilang satu provokasi dan cukuplah sekadar sebutan saja. Namun Abah terpaksa katanya hanylah sekadar untuk melelapkan mata saja sementara menunggu pagi. Pendaftaran penginapan selesai. Hanya berbaki sekelumit masa yang ada sempat juga Abah meninjau di tempat latihan di KDSI.




Sempat juga beraksi di Balai Pengawal kem KDSI

Berlatarkan Negara seberang Singapore....di depan KDSI je...

   Pada 30/05/2015 awal pagi lagi aku dan Abah bertolak ke KDSI dan terus masuk ke Kem latihan TLDM KDSI. Memang ramai keluarga pelatih yang hadir dan mengikut sumber hampin mencecah 5,000 orang.

Salah satu ada abang aku tu...

 BerWasap dulu sementara pelatih masuk padang.
    Sempat juga aku berposing di kereta rasmi Dato' Laksmana 3 bintang hehehe
Posing dalam dewan makan bersama Dato' Laksamana
Aksi Abah aku yang tersayang dihari tersebut
   Pada 31/05/2015 saat terakhir abang aku berada di KDSI. dok mengemaskan barang sebelum berangkat balik keTerengganu.

   Jam 3.00 petang aku bertolak balik kerumah dan selamat tinggal Tanjong Pengelih Johor dan sampai l/kurang jam 10.00 malam. Terpapar di meter trip l/kurang 1,200 Km (pergi balik) ...adusss penat....hahaha. Sekadar coretan cuma. Hanya sebuah memori :-)


Kisah abang aku bermulanya disini


PHOTO















Maklumat lanjut tamat latihan Perajurit muda 211/2014 TLDM KD SULTAN ISMAIL
dan UTUSAN ONLINE