Assalamualaikum , Welcome To My Blog :D .
Home

Selasa, Jun 02, 2015

Tamat Latihan TLDM KDSI Tg.Pengelih Johor

   Exam sem. MRSM dah berakhir pada 28/05/2015 dan pada petang itu jugalah aku dan kenkawan yang biasa tu balik kediaman masing-masing. Pada 29/05/2015 aku,abah dan abang aku Zizi berangkat ke Tg.Pengkelih Johor untuk mengambil abang aku yg bernama Noraswadi dimana dia telah tamat menjalani latihan asas ketenteraan TLDM disana. Aku bertolak pada jam 9.00 pagi dengan melalui Pekan-Mersing-Penawar-Teluk Ramunia.
   Ini adalah satu perjalanan yang panjang, mencecah 700 Km dimana isian petrol sebanyak dua kali almaklumlah kete SAGA tangki kecil. L/kurang jam 4.00 petang aku tiba di teluk Ramunia dimana disitulah aku menginap di Maliesa Beach Resort selama 2 malam yang telah ditempah selama sebulan yang lepas dan kalau tidak tak tahu apa yang berlaku. Ini kerana rata-rata tempat penginapa dah penuh ditempah keran majlis tamat latihan TLDM. Rupanya tak seindah mana seperti namanya. Tak kuasa aku mencoretkan nanti orang bilang satu provokasi dan cukuplah sekadar sebutan saja. Namun Abah terpaksa katanya hanylah sekadar untuk melelapkan mata saja sementara menunggu pagi. Pendaftaran penginapan selesai. Hanya berbaki sekelumit masa yang ada sempat juga Abah meninjau di tempat latihan di KDSI.




Sempat juga beraksi di Balai Pengawal kem KDSI

Berlatarkan Negara seberang Singapore....di depan KDSI je...

   Pada 30/05/2015 awal pagi lagi aku dan Abah bertolak ke KDSI dan terus masuk ke Kem latihan TLDM KDSI. Memang ramai keluarga pelatih yang hadir dan mengikut sumber hampin mencecah 5,000 orang.

Salah satu ada abang aku tu...

 BerWasap dulu sementara pelatih masuk padang.
    Sempat juga aku berposing di kereta rasmi Dato' Laksmana 3 bintang hehehe
Posing dalam dewan makan bersama Dato' Laksamana
Aksi Abah aku yang tersayang dihari tersebut
   Pada 31/05/2015 saat terakhir abang aku berada di KDSI. dok mengemaskan barang sebelum berangkat balik keTerengganu.

   Jam 3.00 petang aku bertolak balik kerumah dan selamat tinggal Tanjong Pengelih Johor dan sampai l/kurang jam 10.00 malam. Terpapar di meter trip l/kurang 1,200 Km (pergi balik) ...adusss penat....hahaha. Sekadar coretan cuma. Hanya sebuah memori :-)


Kisah abang aku bermulanya disini


PHOTO















Maklumat lanjut tamat latihan Perajurit muda 211/2014 TLDM KD SULTAN ISMAIL
dan UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan